Saturday, November 26, 2016

4 Tips Cara Urus Kewangan Peribadi Dengan Bijak

JANGAN SEMBANG NAK BEBAS KEWANGAN JIKA MASIH LAKUKAN PERKARA INI
Sumber : Blog
1. Shopping sakan setiap bulan dan setiap kali sales.
Nak shopping tak salah, tapi berpada-pada la. Gaji baru RM3,000 nak beli kasut sampai RM300. Kalau belinya setahun sekali takpe lagi, ni setahun sampai 3,4 kali.
Kalau nampak sales pula tak boleh duduk diam, mesti nak pergi. Percayalah anda telah berbelanja lebih bukannya berjimat jika membeli semata kerana sales.

2. Makan mahal setiap minggu
Setiap minggu mesti nak pegi kedai hipster,tony rhomas,chiles. Kata nak reward diri setelah penat bekerja.
Nak reward tak salah, tapi reward setiap minggu tu yang salah. Cukuplah sebulan sekali je.

3. Beli kereta lebih kemampuan
Ada yang beli kereta import dengan alasan safety dan resell value.
Kita beli kereta bukan sebab nak jual balik, jadi resell value tu tidak lah penting mana. Walaupun kereta import resell value tinggi, tapi kos yang kita tanggung lagi tinggi.
Kalau bab safety pula, kereta nasional pun selamat je. Pandu la dengan berhemah, tak perlu bawa laju laju. Sampai juga destinasi.

4. Gadget sentiasa nak up to date
Ini biasa, setiap tahun nak tukar fon. Ada model baru je nak beli. Kalau murah takpe, ini lebih sebulan gaji harga fon. Ada yang sanggup buat installment lagi.
Alasan sebab fon lama dah tak smooth, gambar tak lawa la. Saya pakai fon 5 model ke belakang. Tapi okay je. Takde hang pun.

So, kalau anda masih buat semua benda ni jangan sembang nak bebas kewangan.
Asas pertama nak capai kebebasan kewangan adalah dengan mengawal perbelanjaan.
Kalau itu pun tak mampu buat jangan nak bercita cita nak dapat kebebasan kewangan.

Sumber : FB


Followers

Follow by Email

Ini Link saya

belog saya

Popular Posts

FEEDJIT Live Traffic Feed