Saturday, November 26, 2016

Cara Tukar Nama di JPJ

Masih ramai yang tidak tahu proses penukaran nama di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ni.

Sebenarnya proses ini tidaklah serumit yang kita sangkakan. Ikuti langkah berikut untuk memudahkan anda.
SUMBER GAMBAR : BLOG

1. PUSPAKOM
+Pemilik atau pembeli kena pergi ke puspakom yang terdekat dulu untuk buat inspection. Kalau boleh, telefon dulu centre yang kita nak pergi tu. Ingat! kena bawak geran kereta yang asal. Yang pergi tu tidak kisahlah pemilik atau pembeli.

+Setelah itu kita akan diberi booking number. Lepas itu dah boleh pergi ke puspakom, bayar RM31.80 sen untuk charge inspection tu. Tunggu keputusan akan keluar pada hari yang sama.

+Anda akan dapat satu laporan pengesahan tukar hakmilik kenderaan (VR1) yang sah untuk tempoh 1 bulan sahaja.


2.SYARIKAT INSURAN
+Setelah itu, pembeli perlu pergi ke syarikat insuran untuk membeli insuran kereta baru atas nama pembeli berkuatkuasa pada hari tersebut. Anda tidak boleh tukar hakmilik kenderaan jika pembeli tiada insuran kenderaan.


3.JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)
+Pergi ke JPJ untuk urusan tukar hakmilik kenderaan secara sukarela. Kedua-dua penjual dan pembeli kena hadir.

+Dapatkan surat e-Hakmilik pembatalan tuntutan hakmilik bank, jika belum berbuat demikian. Geran asal kenderaan akan dicop batal hakmilik berdaftar pada ruangan depan geran kenderaan.

+Ambil 2 salinan borang senarai semak (TM-1) dan 2 salinan borang (JPJK3).

+Isi borang dengan lengkap dan harus ditandatangan oleh penjual dan pembeli.

+Proses tampalan salinan mykad di atas borang TM-AB tidak diperlukan lagi kerana JPJ menggunakan sistem biometrik.

+Ambil nombor giliran dan tunggu.

+Sampai giliran anda, bayaran caj RM100 dikenakan.

+Nama pemilik berdaftar terakhir iaitu penjual akan dicop batal. Akan ada cetakkan maklumat pemilik baru atau pembeli di bahagian belakang geran kenderaan (JPJK2).

+Pembeli harus semak maklumat nama, alamat dan nombor mykad diruangan pertukaran-pertukaran milikan dan alamat sebelum tandatangan geran kereta (JPJK2) sebagai pemilik baru.

Selesai.


SUMBER : FB

Popular Posts

FREE PALESTINE

Followers