Informasi
bermanfaat utk di war-warkan kpd mommies. Mungkin masih ramai mommies yg
kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi
AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan.
Antara keburukannya adalah:
MERENCATKAN
Amalan
memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal,
mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan
terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum
matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi
penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.
*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*
PENCEMARAN
Air
boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada
pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg
digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.
*Susu
ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility
ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial
properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu.
CONFIRM selamat untuk bayi!*
MENGHAKIS
Air
akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu
dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*
JAUNDIS/DEMAM KUNING
Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak
(konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh
merencatkan AKAL bayi
tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air
masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair.
Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi
rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.
*Ramai
yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena
jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama
sekali.
~ Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY!
Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*
[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.
Sumber dari : Buku
“Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya”
==========================================
Bayi tidak perlu makanan, minuman selain susu ibu
APABILA
memperkatakan khasiat dan kebaikan penyusuan susu ibu, ramai yang sudah
mengetahui dan mengakui kebaikannya. Malah, beberapa kajian yang dibuat
di seluruh dunia mendapati, kandungan khasiat susu ibu tidak setanding
dengan mana-mana susu yang ada di pasaran.
Walaupun
syarikat pengeluar susu formula dari semasa ke semasa cuba menambahkan
pelbagai rumusan dalam susu yang dihasilkan, khasiatnya masih tidak
dapat mengatasi susu ibu. Kandungan semula jadi antibodi dalam susu ibu
yang boleh mencegah penyakit seperti selesema, batuk, lelah dan cirit-
birit pada bayi ternyata, tidak mampu dicipta hingga ke hari ini.
Pakar
Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Bersalin, Hospital Kuala
Lumpur (HKL), Dr Wan Hamilton Wan Hasan, berkata wanita yang baru
bersalin jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu ibu tidak
mencukupi untuk bayi. Jika seseorang wanita itu berupaya melahirkan
seorang bayi ke dunia ini sudah pasti ibu berkenaan mampu memberikannya
susu terbaik, iaitu susu badan sendiri yang dianugerahkan semula jadi
kepada ibu baru bersalin.
Dr Wan Hamilton berkata,
sebaik-baiknya jangan berikan bayi susu botol tambahan atau air masak.
Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu
hingga berusia di antara empat hingga enam bulan.
Katanya,
selain mengandungi antibodi, susu ibu juga banyak kelebihan lain.
Antaranya ialah mengurangkan risiko barah payudara dan ovari, membantu
mengecutkan rahim serta mempercepatkan pemulihan selepas bersalin. Di
samping, mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.
Kata
Dr Wan Hamilton, amalan penyusuan susu pada bayi juga satu kaedah
terbaik untuk merancang keluarga. Penyusuan susu ibu sepenuhnya dalam
tempoh empat hingga enam bulan pertama akan melewatkan kedatangan haid
dan sekali gus boleh menjarakkan kehamilan.
"Malah,
penyusuan susu ibu paling baik bagi membantu wanita melangsingkan badan
semula selepas bersalin. Kebanyakan wanita sukar mengembalikan potongan
badan bentuk asal selepas bersalin kerana ketika mengandung, berat badan
akan naik sedikit. Tetapi, selepas bersalin kandungan lemak yang
tertinggal di antara 200 gram hingga 300 gram akan dibakar dengan cara
menyusukan anak," katanya ketika berceramah pada forum awam sempena
Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Forum
awam itu anjuran Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia dengan
kerjasama Puspanita HKL dan Persatuan Wanita Taman Jaya, Bandar Tun
Razak, Cheras.
Dr Wan Hamilton yang membincangkan mengenai
Faedah Susu Ibu dan Kehidupan Kanak-Kanak, berkata selain itu penyusuan
susu ibu adalah mudah. Ia boleh dilakukan di mana-mana saja, pada
bila-bila masa dan tidak memerlukan penyediaan. Di samping, menjimatkan
kerana keluarga tidak perlu membeli susu formula dan peralatan
penyusuan.
Katanya, dakapan hari pertama menyusukan anak
adalah waktu yang amat penting. Payudara mungkin belum dipenuhi susu
tetapi susu awal ibu yang pekat dan berwarna kekuningan ini sangat elok
diberikan kepada bayi. Walaupun tidak banyak, kandungan zat yang tinggi
dalam susu awal ibu sudah cukup untuk bayi yang kali pertama menikmati
hisapan payudara ibunya.
"Susu ini dinamakan kolestrum dan
kaya dengan protein serta antibodi yang boleh melindungi bayi daripada
penyakit. Kolestrum ini sudah cukup untuk mengenyangkan bayi," terang
beliau.
Jelasnya lagi, proses pembentukan dan pengeluaran
susu ibu adalah hasil tindak balas otak yang mengeluarkan hormon
prolactin dan oxytocin apabila hisapan dikenakan pada puting dan tampuk
susu (areola).
Kata Dr Wan Hamilton, pengeluaran susu
dikawal secara semula jadi oleh hormon itu dan ia bergantung kepada
keperluan bayi. Semakin galak bayi menghisap, makin banyak hormon
dibebaskan dan lebih hormon bermakna lebih banyak susu terhasil.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, bagi memastikan penyusuan susu ibu berkesan beberapa perkara perlu diberi perhatian antaranya:
* Memastikan kesihatan baik.
* Membuka minda dan sentiasa meningkatkan pengetahuan.
* Pemeriksaan kesihatan ditingkatkan ketika kehamilan.
* Mendapat sokongan suami dan ahli keluarga yang lain.
Katanya,
kurang sokongan ahli keluarga menyebabkan ibu muda terutamanya, kurang
yakin akan kebolehannya untuk terus menyusukan bayi. Ini antaranya
membabitkan kes suami kurang bersetuju kerana berasa seolah-olah terabai
apabila isteri memberi tumpuan kepada si kecil. Malah ada juga yang
bergantung kepada isteri untuk melakukan tugas rumah.
*
Kurang sokongan keluarga akan melunturkan semangat ibu untuk terus
menyusukan bayi dan ia berpanjangan kepada anak seterusnya," kata Dr Wan
Hamilton.
Selain itu, katanya, bagi pasangan yang kurang
mendapat sokongan mentua, penjelasan mengenai kebaikan susu ibu perlu
bagi mengelakkan perbalahan dan salah faham.
"Keadaan
tegang seumpama itu boleh mempengaruhi kadar pengeluaran susu ibu kerana
penyusuan susu ibu berkait rapat dengan aspek emosi. Jika emosi ibu
terganggu, kadar pengeluaran susu dan keinginan anak untuk menyusu juga
terjejas dan ini menyebabkan penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan,"
katanya.
Dr Wan Hamilton berkata, dalam keadaan tertentu
ada wanita yang tidak boleh menyusukan anaknya, iaitu ibu menghidap HIV
dan juga yang menghidapi penyakit barah serta sedang menjalani rawatan.
Bagi ibu yang disahkan menghidapi HIV jika menyusukan anak, risikonya
adalah tinggi. Bayi berisiko 50 peratus dijangkiti penyakit bahaya itu
jika ibu menyusukannya.
Sementara itu, wanita yang
menghidapi barah tidak boleh menyusukan anak ketika dalam rawatan kerana
dibimbangi bayi akan turut mengalami kesan ubat dan rawatan bagi
menyembuhkan penyakit itu. Ini membahayakan kesihatan bayi itu.
Turut
berceramah, Mohd Zainuddin Abu Bakar yang membicarakan topik Penyusuan
Susu Ibu Dari Sudut Islam, berkata, kemajuan gaya hidup yang dicapai
hari ini menyebabkan ada segelintir ibu bapa menafikan hak penyusuan
anak mereka.
"Ada ibu bapa beranggapan, amalan penyusuan
susu ibu kononnya, tidak moden dan tidak glamour. Justeru, untuk
menyesuaikan dengan kemajuan hari ini, mereka memilih susu formula
menjadi pengganti susu ibu. Apabila ibu bapa bermain dengan perasaan
seumpama itu, ia sekali gus menafikan hak anak itu," tegas Mohd
Zainuddin.
Katanya, amalan penyusuan ibu dilihat sesuatu
yang penting dalam kehidupan bayi dan ini dibuktikan sejarah zaman
Rasulullah. Sebaik saja seseorang bayi itu dilahirkan ke dunia, keluarga
atau waris akan mencari ibu susuan untuk bayi berkenaan.
"Keluarga
atau waris akan memilih wanita keturunan baik-baik untuk menyusukan
bayi yang baru dilahirkan itu. Ini menunjukkan, betapa penting susu
semula jadi yang dihasilkan oleh manusia lebih baik daripada haiwan
untuk diberikan kepada anak," ujarnya.
Kata Mohd
Zainuddin, dalam Islam persoalan memberi susu kepada anak ialah tugas
ibu tetapi ia tidak bermakna bapa harus melepaskan semua bebanan itu
kepada isteri. Sebaliknya, bapa juga turut bertanggungjawab memberikan
makanan yang baik kepada anak baru dilahirkan itu.
"Dalam
Islam adalah hak ibu untuk menuntut bayaran daripada ayah (suami) jika
diminta menyusukan anak. Bagaimanapun, arahan itu bukan sesuatu yang
mutlak dan sebaik-baiknya dipenuhi mengikut kemampuan suami. Dalam hal
ini, amat baik jika bapa bertanggungjawab memberi nafkah yang cukup dan
memastikan isteri mendapat makanan berkhasiat supaya amalan penyusuan
secara semula jadi dapat dilakukan tanpa halangan dan masalah," jelas
beliau.
Katanya, jika bapa (suami) meninggal, hilang atau
tidak dapat dikesan ketika bayi itu dilahirkan, adalah menjadi
tanggungjawab waris memberikan nafkah kepada wanita itu bagi memastikan
hak penyusuan anak dapat dilaksanakan.
Mohd Zainuddin
menambah, sekiranya suami atau isteri hendak memutuskan susu ibu,
kedua-duanya mesti berbincang sehingga mencapai persetujuan yang sama.
"Si
isteri atau si suami tidak boleh membuat keputusan melulu jika hendak
memutuskan susu ibu pada bayi. Sebaliknya, mereka perlu berbincang dan
membuat keputusan bersama kerana ia membabitkan masa depan dan kesihatan
bayi itu," katanya.
[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.
Sumber : KENAPA AIR MASAK TAK SESUAI UTK BAYI ??
Sumber: Berita Harian - Wed, Aug 28, 2002
By Nor Affizar Ibrahim