Sunday, August 12, 2012

Semak Markah Peperiksaan Anak Online SAPS


Semakan keputusan peperiksaan secara online ini boleh dilakukan oleh kalangan ibubapa dengan melayari portal Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Kebaikan SAPS Untuk Ibubapa (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)
  1. Memudahkan bagi semakan ibubapa melibatkan keputusan peperiksaan atau ujian anak-anak mereka. Bukankah itu suatu usaha yang baik?
  2. Menjadi agen perantara antara sekolah dengan ibu bapa, sekolah dengan bahagian pendidikan daerah dan negeri dalam memantau keputusan peperiksaan dalaman serta luaran sekolah
  3. Pelajar-pelajar sekolah acapkali menyorok keputusan peperiksaan masing-masing daripada diketahui ibubapa, apabila mereka menerima keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan. Dan perkara ini memang kerapkali berlaku. Sehingga ada pelajar-pelajar yang berani meniru tandatangan ibubapa. Ya…benar sama sekali. Jadi ibubapa boleh pantau kemajuan anak walau pun dari rumah 

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Malaysia Secara Online

Selepas selesai sahaja peperiksaan atau ujian yang diduduki pelajar (anak-anak anda), ibu bapa boleh mendapatkan keputusan peperiksaan atau ujian anak mereka dengan pantas melalui perkhdimatan SAPS.

Untuk ke portal tersebut tuan/puan boleh klik sini :


atau klik gambar di bawah. Pilih mana-mana yang dirasakan lebih mudah.

  • Taip/ isikan no kad pengenalan anak atau pelajar di bulatan bertanda 1 tanpa “-“ atau space contoh 817654032123
  • Pilih sekolah mereka samada sekolah rendah atau menengah di bulatan bertanda 2 dalam gambar. Tandakan dibulatan kecil.
  • Selepas itu klik SEMAK LAPORAN seperti dalam bulatan 3
  • Pada paparan itu menunjukkan nama sekolah, no kad pengenalan, nama pelajar, tingkatan dan kelas terkini.
  • Pilihlah jenis peperiksaan yang mahu dilihat samaada ujian atau peperiksaan akhir tahun. Seperti dalam bulatan bertanda 4.
  • Klik pada PAPAR SLIP KEPUTUSAN atau boleh PAPAR MARKAH PEPERIKSAAN dengan klik butang yang disediakan pada bulatan bertanda 5.
P/S : Kadangkala ada markah yang tidak dipaparkan kemungkinan ia masih dalam proses atau belum dikemaskini oleh guru bertanggungjawab, Ibu bapa boleh bertanyakan kepada pihak sekolah demi menambah lagi hubungan erat ibu bapa dengan pihak sekolah demi masa depan anak dan pelajar yang disayangi.

[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas. 

Sumber :  
 
Blogger Widgets
CLOSE - X - TUTUP

Mohon Klik LIKE =)