Friday, November 25, 2016

Penggunaan Minyak Perodua Bezza

Sumber gambar : blog
Pasti ramai yang berkira-kira untuk membeli kereta baharu. Sudah tentu perkara yang paling diambil kira adalah penggunaan minyak. Jom kita selidik penggunaan minyak Perodua Bezza.

Menurut pihak Perodua, model Bezza tampil dengan enjin baru yang menjimatkan minyak dengan penggunaan enjin VVT-i. Bagi varian Standard 1.0 enjinnya hanya VVT-i manakala bagi varian Premium X 1.3 dan Advance 1.3, Bezza tampil dengan enjin dual VVT-i.
Manakala bagi penggunaan minyak pula bagi 1.0cc, setiap liter minyak mampu bergerak sehingga 21.3 km, bagi 1.3cc Premium X pula, setiap liter mampu bergerak sehingga 21.0 km dan bagi 1.3 Advance pula, 22.0 km. (bagi varian auto)

Dibawah ini adalah pendapat seorang pembeli Perodua Bezza. Jom bandingkan pengalaman beliau.

FUEL CONSUMPTION (FC)

Situasi 1

1. Perjalanan dari Kota Bharu ke Seri Iskandar, Perak. Jarak lebih kurang 390 km. Muatan 4 orang + luggage (Total weight dalam 400 – 450 kg). Average fuel consumption untuk trip ni adalah 19.9 km/L. Total Penggunaan minyak (20 Liter). Jadi kos minyak lebih kurang RM39 (RM 1.95/L) . Berbanding civic lama saya, penggunaan minyak untuk trip ke Kota Bharu ke Seri Iskandar lebih kurang rm55++. Kelajuan 70 – 110 km/hr. Semasa mendaki di jalan Jeli – Gerik speed dalam 60-90 km/hr. Di jalan Gerik – Kuala Kangsar 90-120 km/hr. Boleh pergi laju lagi.

2. Perjalanan Seri Iskandar – Ipoh (60% jalan lurus, 40% jalan bandar) AVG dapat 16-17 km/L. Eco idle ON. Dari full bar hanya kurang satu bar untuk perjalanan pergi dan balik total 78 km dengan satu penumpang.

3. Setakat ni penggunaan minyak untuk long distance amat memuaskan.


FUEL CONSUMPTION (FC)

Situasi 2

1. Perjalanan dari Seri Iskandar ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai. Perjalanan pergi dan balik termasuk jalan2 area brinchang, tanah rata. Total distance 263 km. Average FC (pejalanan pergi balik + jalan2 kat atas) dapat 17.0km/L. Penggunaan minyak separuh dari tangki (4 bar) jadi pengunaan minyak lebih kurg dalam 15-16L bersamaan RM29-32 (RM 1.95/L). Banyak tekan minyak semasa mendaki.

2. Speed semasa mendaki dalam 50-70km/hr. Speed semasa turun bukit pun sama.

3. AVG FC semasa perjalanan pergi sahaja ke cameron - 15km/L.

Sumber : SyafiqAbdullah


Followers

Follow by Email

Ini Link saya

belog saya

Popular Posts

FEEDJIT Live Traffic Feed