Thursday, December 23, 2010

Pelabur ASB dapat 8.75 sen dividen, bonus 2010

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.50 sen seunit dan juga bonus 1.25 sen kepada 7.04 juta pemegang unit sahamnya.
sumber : utusan online
 Jumlah agihan dividen itu menyaksikan kenaikan sebanyak 0.20 sen bagi setiap unit, berbanding dividen sebanyak 7.30 sen seunit yang diberikan tahun lalu.

Berdasarkan prestasi baik yang dicapai, PNB sebenarnya boleh membayar sebanyak 11.4 sen bagi agihan pendapatan ASB. "Bagaimanapun, Lembaga Pengarah PNB memutuskan untuk membayar 7.50 sen dan bakinya dirizabkan untuk tahun depan.

Pembayaran pengagihan dividen dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan dan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing mulai 3 Januari ini.
Semua urus niaga bagi ASB di seluruh negara ditangguhkan sehingga 2 Januari 2011 bagi tujuan pengiraan agihan dividen dan bonus.

Sumber : Utusan Online

Popular Posts

FREE PALESTINE

Followers