Monday, December 27, 2010

AFF ancam Indonesia pindahkan venue final

Minat besar penyokong Indonesia untuk menyaksikan pasukan nasional mereka beraksi dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menentang Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan apabila sekumpulan penyokong merusuh dan merosakkan beberapa kemudahan di stadium itu, semalam.

Sehubungan itu Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) memberi amaran kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan dilakukan penyokong Indonesia, setelah hilang kesabaran ketika menunggu giliran membeli tiket di stadium itu.

“Tiga jam yang lalu, AFF menghubungi saya dan memberi amaran keras. Jika stadium dirosakkan, maka pertandingan final kedua tidak di Gelora Bung Karno,” kata Ketua PSSI, Nurdin Halid di Kuala Lumpur.

“Jadi saya memohon agar penyokong tenang dan sabar menunggu giliran membeli tiket. Jika final kedua nanti berubah arena, pasti merugikan pasukan kita,” katanya.

Beliau menerima laporan seramai 50,000 penyokong dikumpulkan di stadium, sementara tiket kelas 3 berharga Rp50,000 (RM17) dijual hanya 30,000 keping.

“Penyokong tidak perlu bimbang kerana kami akan menyediakan skrin besar di luar stadium agar penyokong dapat menyaksikan pertandingan ini,” katanya.

Stadium Gelora Bung Karno bakal menjadi penentuan juara mampu menampung 83,000 penonton. Penyokong berada dalam stadium merusuh dipercayai hilang sabar akibat letih menunggu sejak dua hari.

sumber : Sinar Harian

Popular Posts

FREE PALESTINE

Followers