Baru-baru ini aku telah menerima satu pesanan ringkas dari seorang kenalan tentang sesuatu isu yang agak sensitif pada hati umat Islam. Isunya ialah mengenai 'Murtad'
Bukan aku tidak menyokong apa yang dihantar kepadaku....
Bukan aku tidak bangga mempunyai kenalan yang peka pada isu ini....
Cuma aku tidak bersetuju dengan caranya kerana apa yang dihantar kepadaku itu merupakan satu berita palsu.
Mesejnya berbunyi "Sipolan (perempuan) dan Sipolan(seorang datuk) yang mohon murtad, telah menang di mahkamah. Pertubuhan Melayu Kristian (IFC)telah diluluskan untuk ditubuhkan. Marilah semua ke www.myislamnetwork.net untuk BANTAHAN!!!! Cukup 1 juta, petisyen IFC akan dibubarkan, sekarang baru 30ribu, sebarkan, biar kredit tergadai! Jangan Islam yang tergadai!"
Mendengar sahaja berita ini boleh tersirap darah yang mendengarnya tanpa diselidiki dahulu kesahihan beritanya....
Kes Murtad diatas memang benar cuma tetapi telah diexploitasi oleh beberapa golongan.
Ini telah terbukti apabila aku telah melayari sendiri ke laman www.myislamnetwork.net. Mereka sendiri menafikan sekeras-kerasnya tentang mesej tersebut. Sekarang fikirlah siapa yang untung jika mesej ini terus diforward tanpa tahu dari akar mana ia tumbuh...Fikirkan lah!!!
Sila rujuk : Pertubuhan Melayu-Kristian tidak wujud
Antara kandungannya :-
KUALA LUMPUR 12 Sept. – Pertubuhan Melayu-Kristian tidak wujud di negara ini, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim.
Beliau berkata, setakat ini kira-kira 106,820 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif di negara ini telah mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
‘‘Bagaimanapun ROS tidak mempunyai rekod atau menerima sebarang maklumat mengenai pertubuhan itu,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Said Yusof (BN-Jasin) pada Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Menyiasat
Terdahulu, Mohd. Said berkata, pertubuhan Melayu-Kristian disebarkan secara meluas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Menurut Abdul Rahman, ROS akan menyiasat mengenai pertubuhan itu sekiranya ada pihak tampil dengan bukti sah mengenai wujudnya pertubuhan Melayu-Kristian itu.
Tambahnya, setiap pertubuhan atau NGO yang berdaftar dikehendaki menghantar laporan tahunan termasuk penyata kewangan mereka kepada ROS.
‘‘Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka sekiranya didapati sesebuah persatuan itu menyeleweng akaun kewangan mereka,'' katanya.
Kata Abdul Rahman, pada tahun ini sebanyak 635 pemeriksaan secara mengejut telah dijalankan oleh anggota penguat kuasa ROS ke atas persatuan bagi memeriksa aktiviti mereka.
rujukan dari utusan malaysia...
Jadi????apakah tindakan anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment