Sebagai pengguna kita harus tahu bagaimana untuk menggunakan barangan plastik dan bahayanya jika pengguna salah menggunakannya. Sebenarnya terdapat simbol yang membolehkan kita mengetahui maksud ketahanan plastik tersebut :
Tanda tersebut adalah seperti berikut :
1. Berada atau terletak di bahagian bawah kandungan plastik itu.
2. Berbentuk segitiga
3. Di dalam segitiga tersebut terdapat nombor.
4. Nama jenis plastik terletak di bawah simbol.
JENIS PERTAMA :
Angka 1 di tengahnya serta tulisannya PETE atau PET (Polyethylene Terephthalete) di bawah segitiga. Biasa digunakan untuk botol plastik berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus dan hampir kesemua botol minuman. Botol ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.
JENIS KEDUA :
Angka 2 di tengahnya serta tulisannya HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. Biasanya dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makannan/minuman. Ia juga hanya elok dipakai sekali sahaja.
JENIS KETIGA
PVC bermaksud Polivinyl Chloride. Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap), dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan dengan plastik ini berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita harus mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang terbuat daripada polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.
JENIS KEEMPAT
Angka 4 di tengahnya, LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik cokelat (thermoplastic/dibuat dari minyak bumi), biasa dipakai untuk tempat makanan, bekas plastik dan botol-botol minuman yang lembek.
Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan, tetapi tetap baik untuk tempat makanan.
JENIS KELIMA
Angka 5 di tengahnya, PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap.
Jenis PP (Polypropylene) ini adalah pilihan bahan plastik yang terbaik terutama untuk tempat makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minuman dan terpenting botol minum untuk bayi.
JENIS KEENAM
Angka 6 di tengahnya, PS (polystyrene) biasa digunakan sebagai bahan tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai, dan lain-lain. Polystyrene merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, dan pertumbuhan serta sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuningjingga, dan meninggalkan jelaga.
JENIS KETUJUH
Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 OTHER ini ada 4 jenis, iaitu :
1. SAN – styrene acrylonitrile
2. ABS – acrylonitrile butadiene styrene
3. PC – polycarbonate
4. Nylon
Boleh di dapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minuman olahraga, komputer, alat-alat elektronik dan barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus termos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi, sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego. Plastik dengan jenis 7 iaitu SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam barangan makanan ataupun minuman.
No comments:
Post a Comment