Monday, November 14, 2016

Telefon Samsung Model J5 Meletup

Samsung Galaxy J5 : terbakar di Perancis
2016 pasti bukan tahun yang baik bagi Samsung. Syarikat itu telah terlibat dalam banyak insiden telefon metup tahun ini Daripada mesin basuh ke telefon pintar. Skandal terbesar syarikat ini adalah Note 7. Terdapat banyak laporan tentang Note 7 meletup dalam pasaran global.

Produk ini terus meletup walaupun selepas Samsung menambah baik produk tersebut. Ini menjadikan syarikat terpaksa untuk menarik balik semua Note 7 untuk kali kedua.Tidak lama selepas itu, satu lagi malapetaka menimpa syarijat gergasi ini dengan terbaru membabitkan model Galaxy S7 Edge.
Kini, satu lagi model mampu milik keluaran Samsung meletup di France iaituGalaxy J5. Pada hari Ahad lalu, seorang wanita di Perancis melaporkan bahawaGalaxy J5 milik beliau meletup dengan tiba-tiba. Tidak ada apa-apa sebab luaran untuk letupan ini. Dan dia membeli J5 ini di laman web dengan harga diskaun.

Dia mengakui bahawa telefon bimbit amat panas dan terdapat asap. Seperti tindakan refleks, dia segera melempar jauh dan selepas itu, telefon bimbit tersebut terbakar dan panel belakang telefon terbuka. Mujurlah, tiada siapa yang cedera. Wanita Perancis ini berkata beliau akan menyaman Samsung bagi menuntut penjelasan dan ganti rugi.

Popular Posts

FREE PALESTINE

Followers