Sunday, June 17, 2012

Anak harimau menyusu Anjing ?

Anjing jenis Shar Pei, yang dipanggil Cleopatra, telah menjadi ibu susuan serta menjaga anak-anak Harimau seolah-olah darah dagingnya sendiri sendiri

Dengan kata lain dua ekor anak harimau belang terbuang ini telah mempunyai seorang ibu baru…  
iaitu :
--------------------
Anjing..

Pelikkan??

Anak-anak harimau tersebut bernama Clyopa and Plyusha, dilahirkan lewat bulan lepas di sebuah zoo dalam bandar raya Rusia Sochi, iaitu pusat peranginan Black Sea.

"Dia menerima mereka serta-merta," jurucakap zoo berkata
[wah...senangnya boleh terima yang bukan dari jenisnya]

"Mereka tidak agresif dan mereka bergantung kepada dia untuk memberi makan," jurucakap zoo tersebut menambah


Pada pandangan aku mungkin naluri keibuan yang ada pada anjing tersebut sangat tinggi. Macam tau-tau pulak anak-anak harimau tersebut tiada penjaganya.


[timbul persoalan, mana pergi ibu anak harimau tu?]


-------------------------------------------------------

 

Popular Posts

FREE PALESTINE

Followers