Sunday, January 15, 2012

Chong Wei berterima kasih kepada peminat

World No. 1 Lee Chong Wei berterima kasih kepada penyokong Malaysia yang membantu beliau menewaskan seteru Chen Long dalam separuh akhir Maybank Terbuka Malaysia yang dibawakan oleh Proton pada hari Sabtu (14Jan2012).

Reaksi Chong Wei selepaskan mengalahkan Chen Long
 Chong Wei ketinggalan 8-5 dalam permainan penentuan, tetapi mendapat kekuatan baru dan memenangi  perlawanan dengan 21-18, 17-21, 21-13.

“Peminat-peminat sangat hebat dan saya tidak rasa saya akan memenangi jika perlawanan tidak diadakan di Malaysia,” kata Chong Wei dengan gembira.

Penyokong Malaysia yang tidak putus-putus memberi sokongan
 “Mereka benar-benar membantu saya apabila saya paling memerlukannya dan sebab itu saya meraikan selepas menyelesaikan mata kemenangan.”

Chong Wei kini akan bertemu Kenichi Tago dalam peringkat akhir, di mana satu kemenangan akan menyamai rekod Wong Peng Soon yang memenangi juara perseorangan lelaki sebanyak lapan kali.

“Ia berasa bagus mengalahkan pemain dunia No.2 (Lin Dan) di Korea Selatan minggu lepas dan sekarang dunia No. 3. Ia satu lonjakan penting kerana Olimpik akan diadakan tahun ini,” kata Lee.

Chong Wei ditemuramah selepas perlawanan
 “Pemain China begitu sukar ditewaskan dan mengalahkan dua pesaing-pesaing terbesar saya telah memberi saya keyakinan untuk cuba memenangi gelaran Malaysia kelapan saya.”

Minum Sebentar Bersama 100Plus

ads
Jom tengok Iklan Terbaru Petronas CNY. Klik Sini

Popular Posts

FREE PALESTINE

Followers