Jangan ghairah, pergi jika berbaloi
MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menasihatkan pemain bola sepak negara yang kini dipinang kelab luar negara, agar hanya menimbang tawaran yang dapat meningkatkan kecemerlangan mereka.
Beliau berpandangan tawaran pasukan hebat seperti dari Korea Selatan dan Jepun wajar diterima kerana langkah itu mampu meningkatkan prestasi pemain terbabit.
“Saya yakin dalam membuat keputusan nanti, pemain negara mampu membuat penilaian yang sewajarnya dan tidak ghairah dengan tawaran lumayan yang diterima,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa pemain kebangsaan seperti Mohd Safee Sali, Amirulhadi Zainal dan Norshahrul Idlan Talaha yang dilaporkan menjadi buruan kelab Indonesia setelah pasukan Harimau Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki 2010.
Sebelum itu, Shabery menyerahkan Jalur Gemilang kepada delegasi pengakap Malaysia yang akan menyertai Persidangan Pengakap Dunia di Brazil.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh menasihatkan pemain kebangsaan agar tidak terlalu ghairah dengan tawaran hingga menjadi anak tinggalkan ayah dan melupakan sumbangan pasukan negeri masing-masing serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Jika ada pemain yang ingin berhijrah atas faktor bayaran tinggi mereka tidak dapat belajar apa-apa yang baru di sana dan dalam masa yang sama mereka juga telah menghampakan harapan seluruh rakyat Malaysia yang telah lama menunggu bintang beraksi dalam Liga Malaysia,” katanya.
Sumber : SinarHarian
Tuesday, January 4, 2011
pmo
Home
alza
bola sepak Malaysia
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Jepun
Khairul Fahmi
Korea Selatan
Menteri Belia dan Sukan
Mohd Safee
pmo
Jangan ghairah
Jangan ghairah
pmo
Labels:
alza,
bola sepak Malaysia,
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,
Jepun,
Khairul Fahmi,
Korea Selatan,
Menteri Belia dan Sukan,
Mohd Safee,
pmo