Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah iaitu Ibnu Mas'ud didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa,
" Saudara, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, makanku tidak kenyang, tidurku juga tidak lena."
Mendengar itu, Ibnu Mas'ud membalas,
"Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini :
- Tempat orang membaca al-Quran; sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat suci.
- Majlis ilmu; yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah
- Carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
Firman Allah : "Jika engkau dihasut oleh syaitan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." (Surah al-A'raf :200)
1 comment:
hmmm...post yg plig best..
Post a Comment