Friday, January 2, 2009

Kami Nak Power !!!

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat melangkah ke tahun baharu 2009 yang menjanjikan 1001 kehidupan yang lebih sukar dan lebih mencabar.

Untuk itu kita perlu memperkasakan diri dengan membina power dari dalaman bagi menangkis tekanan di hari mendatang...

Tapi bagaimana????

Ini beberapat tips yang boleh dijadikan amalan harian bagi menguatkan minda dan fizikal.


Tidur yang berkualiti
  • Sebelum tidur jangan lepas lentok kat bantal terus hilang dari dunia. Buat refleksi dahulu tentang apa yang dilakukan seharian. Pasti banyak baik dan buruk yang boleh ditambah dan diperbaiki.
  • Selepas itu pikirkan apa yang hendak dilakukan pada pagi esok sejurus selepas bangun.
  • Ingat!! Jangan set yang buruk-buruk seperti malas nak pergi kerja, nak ponteng kerja....
  • Biar kita setkan dalam kepala otak kita perkara yang gempak-gempak seperti nak pergi kelas awal, nak jadi orang paling kacak, paling segak, paling rajin, paling soleh...Hah! Macamtula baru leh dapat power
  • Ini tak, sebelum tidur pikirkan yang buruk-buruk dah tentu pagi esok bangkit je dari tidur dah hilang motivasi, mati akal, dah buntu tak tahu nak buat apa.
  • Doa sebelum tidur jangan dilupa. Baca sekali Surah Al-Fatihah, 3 Qul (al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas), dan Ayat Kursi, kemudian Bismillah 21 kali. Baru boleh lelapkan mata dengan tentang. Tips ini saya dapat masa sekolah rendah lagi. Ustaz saya yang bagi.
Rejam itu syaitan
  • Pas je terjaga dari tidur terus baca doa bangun tidur...Jangan buat-buat pejam mata lagi padahal tidur dah lebih pun 8 jam...hehe
  • Baru la ada motivasi untuk bangkit dari tidur kerana rantaian Syaitan telah terbuka
  • Terus pergi bilik air ambil wuduk. Jangan tanya kenapa nak ambil wuduk.
  • Awak tu orang Islam kan???
  • Mesti la tahu sebabnya...Solat Subuh la bang oi....
  • Sabda Nabi Muhammad S.A.W "Jika salah seorang dari kamu tidur, maka syaitan mengikatnya denga tiga ikatan. Ketiga ikatan tersebut menjadikan dia terlelap dalam tidurnya semalam suntuk. Tetapi jika dia terjaga kemudian dia menyebut nama Allah(doa bangun tidur), maka terlepaslah satu ikatan. Kemudian ketika dia berwuduk, maka akan terlepas satu lagi ikatan dan akhirnya jika dia melakukan Solat, maka terlepaslah ikatan yang terakhir sehingga pada pagi harinya hati orang itu akan bersih dan penuh semangat. Akan tetapi jika dia tertidur akan kotor jiwanya dan dia tidak mempunyai ghairah apapun.
Bermain dengan air
  • Ini buka sebarang main. Maksud saya dengan bermain air adalah mandi. Apa kena mengena mandi dengan power.
  • Hoi! Ko tak pernah belajar ke air tu boleh menenangkan. Api lawannya air. Tak gitu?
  • Mandi kena la cara yang betul. Kalau tak betul macam mana nak berkesan.
  • Mandi yang betul adalah dengan membasahkan kaki dahulu kemudian perlahan-lahan bawa ke atas sehingga ke muka. Kemudian baru basahkan kepala.
  • Lepas mandi la sesuka hati tapi jangan sampai membazir pulak.
  • Kemudian ambil wuduk.
# Cuba amalkan dahulu. Lepas tu baru dapatlah POWER!

Rujukan : Doa masuk tidur dan bangun dari tidur

No comments:

Popular Posts

FREE PALESTINE

Followers