Friday, January 2, 2009

Helikopter Malaysia usir lanun Somalia

KUALA LUMPUR - Kapal perang Malaysia, KD Inderasakti semalam sekali lagi berjaya mengusir sekumpulan lanun daripada menawan sebuah kapal tangki minyak milik India di perairan Somalia.

Sebelum ini, kapal KD Inderasakti berjaya menggagalkan cubaan sekumpulan lanun daripada menawan sebuah kapal komersial China di Teluk Aden pada 18 Disember lalu.

Ketua Lembaga Maritim Antarabangsa, Noel Choong berkata, kapal tangki minyak India itu menghala ke Terusan Suez apabila diserang oleh lanun-lanun yang menaiki dua buah bot pada pukul 11.37 pagi waktu Malaysia.

KD Inderasakti yang mengetuai satu konvoi kapal kira-kira 15 batu nautika daripada tempat kejadian kemudiannya menghantar sebuah helikopter selepas menerima panggilan kecemasan kapal tangki India.

"Kumpulan lanun itu yang menyedari kehadiran helikopter tersebut kemudiannya berhenti menembak sebelum menghilangkan diri," kata Choong. - AFP

Menurutnya, tiada kelasi yang mengalami kecederaan dan kapal itu yang mengalami sedikit kerosakan kemudiannya menyertai konvoi KD Inderasakti. - AFP

Rujukan link : Helikopter Malaysia usir lanun Somalia

No comments:

Popular Posts

FREE PALESTINE

Followers