RAKAN COP adalah medium perantara untuk merapatkan jurang antara Polis dan masyarakat. Ia mengambil konsep yang mudah dan praktikal untuk merealisasikan ikatan hubungan kukuh dengan org ramai melalui pendekatan yang lebih jelas, lebih mudah, bersepadu dan berterusan.
Program RAKAN COP adalah bersifat “Community Oriented Policing” dan “Smart Partnership”. Pendekatan ialah dengan menggalakkan pembabitan orang ramai, terutamanya mereka yang terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan masyarakat, termasuk agensi-agensi kerajaan dan swasta supaya menjadi ‘mata dan telinga’ Polis disamping menggalakkan interaksi dua hala antara kedua-dua pihak melalui saluran yang ditetapkan.
Gandingan usahasama pihak Polis dan orang ramai di bawah naungan RAKAN COP untuk memerangi dan mencegah jenayah telah dipermudahkan melalui penggunakan sistem penyampai maklumat dua hala, iaitu Saluran HOTLINE dan SMS Polis dipasang di Pusat Kawalan Polis (CCC).
Semua pertubuhan masyarakat dan agensi berkaitan amat digalakkan untuk mewujudkan PUSAT SEHENTI (One Stop Centre) untuk memudahkan Polis memyalurkan maklumat melalui CCC agar cepat dan tepat diterima oleh orang ramai. Interaksi pantas dua hala ini sudah pasti akan membantu komitmen PDRM untuk memberi respons dalam masa 15 minit sebaik menerima maklumat
Antara impak positif dari perlaksanaan program RAKAN COP adalah :
1. Memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut
keselamatan seperti mencegah jenayah dan keselamatan jalanraya.
2. Mengeratkan hubungan mesra antara Polis dan masyarakat. Ini sekali gus akan
meningkatkan keyakinan masyarakat kepada PDRM.
3. Memberi maklumat tepat untuk manfaat masyarakat.
Harapan dari perlaksanaan RAKAN COP, pihak Polis dan orang ramai akan saling mengembeling tenaga untuk memerangi jenayah dan apa jua masalah keselamatan. Kesemua lapisan masyarakat adalah RAKAN COP, lantas menjadi “mata dan telinga” pihak Polis. Kejayaan program RAKAN COP sudah pasti akan menjanjikan persekitaran yang lebih kondusif dan selamat di seluruh Bandaraya Kuala Lumpur.
Rakan Cop (Malay: Friends of Cops) is the Malaysian community police corps which was launched by Royal Malaysian Police in Kuala Lumpur on August 9, 2005 to help combat crime in the city and any situations around Malaysia.
Menghantar Maklumat melalui SMS:
POLIS[negeri] [maklumat/aduan]
hantar ke DAPAT|32728
Untuk mendapat maklumat taip:
POLIS[negeri]
________________________________________________________________
Pendaftaran Individu:
POLIS[negeri] DAFTAR [nama pengenalan]
Untuk Makluman : SMS ID Negeri
Related link : RakanCop
Jom tengok Iklan Terbaru Petronas CNY. Klik Sini |
No comments:
Post a Comment