Sunday, December 28, 2008

Bola Sepak 10 Terbaik Asia 2008

1.Park Ji Sung (Manchester United & Korea Selatan)
Kariernya berada di ambang bahaya selepas bergelut dengan kecederaan lutut yang serius. Namun, prestasinya menunjukkan peningkatan apabila kembali beraksi di pentas England. Ji Sung mempunyai musim yang lebih baik berbanding pemain Asia lain. Ji Sung memainkan peranan penting ketika United menewaskan Barcelona pada separuh akhir Liga Juara-juara Eropah musim lalu. Dia turut membantu United menjulang trofi Piala Kelab Dunia FIFA di Yokohama, Jepun baru-baru ini.

2.Yasuhito Endo (Gamba Osaka & Jepun)
Pemain tengah Gamba Osaka ini tidak menduga bakal mendapat pujian pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson sebelum dan selepas aksi Piala Kelab Dunia FIFA. Nama Endo mula melonjak naik di peringkat dunia selepas aksi memukaunya diiktiraf Asia. Dia membantu Gamba Osaka menjuarai Liga Juara-juara Asia dan turut menyarung jersi Jepun. Endo dikhabarkan ingin mencuba nasib di Eropah bagi menaikkan kariernya.

3.Brett Emerton (Blackburn & Australia)
Dianggap memilki bakat seperti Tim Cahill, Mark Viduka dan Harry Kewell tetapi Emerton adalah pemain serba boleh dan menjadi impian setiap jurulatih. Aksi Emerton begitu menyerlah dan meledakkan beberapa gol berharga. Dia membantu Blackburn menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu di tempat ketujuh.

4.Javad Nekounam (Osasuna & Iran)
Kecederaan serius telah menyuramkan karier Javed Nekounam pada suku pertama 2008. Namun setelah bergelut dengan kecederaan dia kembali menyengat dan diundi sebagai pemain terbaik musim 2007/2008 oleh penyokong Osasuna. Kepulangannya ke Iran tepat pada waktunya apabila membantu negara itu melangkah ke pusingan akhir kelayakan.

5. Server Djeparov (Bunyodkor & Uzbekistan)
Dinobatkan selaku pemain terbaik tahunan oleh Persatuan Bola Sepak Asia dan Server Djeparov sememangnya melalui musim-musim indah. Pemain tengah ini beraksi cemerlang untuk Bunyodkor dan Uzbekistan. Uzbekistan mara bergaya ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia. Djeparov menjulang Bunyodkor meraih gelaran juara dan menempah tiket ke separuh akhir Liga Juara-juara Asian. Pemain berusia 26 tahun itu berpeluang menjalani percubaan di Chelsea.

6. Hawar Mulla Mohammad (Anorthosis Famagusta FC & Iraq)
Tahun 2007 tidak berpihak kepada Hawar Mulla Mohammad dan Iraq tetapi dia mempamerkan aksi mantap pada pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia apabila menjaringkan gol ke atas China. Hawar menjadi pemain Iraq pertama beraksi dan menjaringkan gol pada saingan Liga Juara-juara Eropah. Karier Hawar berada di kemuncaknya apabila membantu Anorthosis menundukkan Panathinaikos 3-1 di Nicosia baru-baru ini.

7. Shunsuke Nakamura (Celtic & Jepun)
Shunsuke Nakamura tidak berada pada tahap terbaik tetapi masih dianggap memuaskan. Sekali lagi, gol dan hantarannya menjulang Celtic. Dia pernah bergelut dengan kecederaan serius sehingga mencetuskan spekulasi akan kembali ke Jepun. Pengurus skuad Matahari, Takeshi Okada berlepas ke Bahrain tanpa Nakamura dan meninggalkannya keseorangan di Scotland. Jepun tewas pada perlawanan kelayakan Piala Dunia pada Mac lalu dan Okada pasti enggan mengulangi kesilapan itu semula.


8. Hong Yong-jo (FC Rostov & Korea Utara)
Walaupun pemain pertahanan Korea Utara, Jung Tae-se sering kali menjadi tumpuan media ketika berada di atas padang, Hong Yong-jo membantu pasukan itu mencatatkan enam rekod bersih daripada enam perlawanan pusingan ketiga. Dia mampu mengembalikan rentak permainan Korea Utara.Bintang yang menempa nasib di kelab Rusia itu adalah salah seorang pemain yang bijak melakukan hantaran dan senang berinterakasi dengan rakan sepasukan ketika berada di atas padang.

9. Ahmed Ajab (Al Qadsia & Kuwait)
Pemain paling mahal dalam sejarah Kuwait ini sekali lagi meraikan musim membanggakan. Ahmed memulakan tugas antarabangsa pada Januari lepas dan masih dahagakan gol. Walapun Kuwait tersungkur pada pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2010, Ahmed meledakkan enam daripada lapan gol. Dia merupakan penjaring terbanyak pada liga Kuwait musim lalu dan menjaringkan tiga gol pada Liga Juara-juara Asia. Bakatnya mula dihidu beberapa kelab terkemuka dunia.

10. Ali Ashfaq (VB Sports & Maldives)
Pemain yang dikenali sebagai ‘The Man of Steel’ ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Eropah. Walaupun ia tidak akan terjadi, dia enggan menoleh ke belakang. Dianggap sebagai pemain terbaik di Asia, Ali semakin meningkat dari semasa ke semasa. Pemain berusia 23 tahun itu menyerlah ketika Maldives menjuarai Piala Asia Selatan dan dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Related link : 10 Terbaik Asia 2008

No comments:

Popular Posts

FREE PALESTINE

Followers