Saturday, August 11, 2012

Dimanakah letaknya akal manusia Bayi ditinggalkan dan digigit serangga

Di manakah sifat perikemanusiaan yang dikurniakan Tuhan kepada mereka? Apakah yang bermain di dalam akal fikiran mereka? Sampai sanggup membiarkan dihurungi serangga.. Ya ALLAH



Allah SWT berfirman di dalam Surah al Isra’, ayat 31-33


Maksudnya : Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau-lampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

Ya Allah Ya Tuhan Ku,Sesungguhnya anak yang tidak berdosa ini telah dijanjikan syurga. Aku menitiskan airmata bila tengok gambar ini. Apa kah salah bayi kecil ini? Dengan tubuh yang begitu sempurna masih ada manusia berhati binatang yang tergamak untuk melakukan perkara yang sekeji-keji ini. Di manakah sifat perikemanusiaan yang dikurniakan Tuhan kepada mereka? Apakah yang bermain di dalam akal fikiran mereka? Sampai sanggup membiarkan dihurungi serangga.. Ya ALLAH

[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.

Sumber : Jabatan Bomba

Popular Posts

FREE PALESTINE

Followers