Macam tak percaya kan...
Sebenarnya bila tamat pembelajaran di IPG dah bergelar guru baru, anda hanya memegang title "Guru Sandaran Siswazah Terlatih". Dengan Kata lain anda 'Hanya seorang guru sandaran yang [belum dilantik] dan [disahkan dalam jawatan]!!!
Apa? Biar benar...
:::.... Ada DUA Peringkat Penting ....:::::
1. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
- Panduan Untuk Guru Baharu : Untuk perlantikan dan pengesahan jawatan, anda perlu memohon untuk ditemuduga oleh pegawai dari Suruhanjaya Perkidmatan Pelajaran. Link website tu ialah : http://www.spp.gov.my/. Segala maklumat tentang Suruhanjaya Perkidmatan Pelajaran (SPP) boleh baca sendiri di website ini.
- Buat permohonan untuk ditemuduga secara online selepas anda faham betul tentang SPP di link website ini : http://sppapps.spp.gov.my/smppp/servlet/smppp.ui.security.SSecurityOL?cmd=6
- Isi borang tersebut dengan penuh teliti. Jangan ada satu maklumat pun yang tertinggal. Nantikan panggilan temuduga dari SPP, check samaada anda dipanggil temuduga secara online.
- Selepas anda selesai urusan temuduga SPP, anda perlu sentiasa check status korang samaada korang lulus ke tak dari temuduga tu. So buat semakan online di website ini: http://sppapps.spp.gov.my/smppp/servlet/smppp.ui.security.SSemakanOL?cmd=6
2. Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)
- Ahhh sudah ! KISSM tu apebenda la pulak kan ! Sebenarnya selepas anda sudah ditemuduga oleh SPP, LULUS SPP, korang kena pulak pergi Kursus Induksi yang lebih dikenali sebagai KISSM.
Tetapi, aku ada dengar berita baru yang KISSM ni akan digantikan dengan Program Mentor Mentee. Kalau program mentor mentee ni berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, rasanya KISSM tu mungkin akan dihapuskan bagi guru baru. tapi tak tahulah betul ke tak.
--------------------------------------
Ini bermakna posting bukanlah penamatnya. Ia adalah permulaan untuk anda jadi kakitangan kerajaan. Maka penting untuk anda ambil berat tentang perkara ini agar segala kenikmatan yang diberi sebagai seorang kakitangan kerajaan dapat dinikmati sepenuhnya...
------------------------------------
ANDA HANYA SAH LANTIKAN
TAPI
BELUM SAH JAWATAN
Untuk tahu Proses Pengesahan Jawatan Sila Klik.
...::: Pengesahan Jawatan ::::.....
...::: Pengesahan Jawatan ::::.....
Sila Klik : Semakan Pengesahan Jawatan