Wednesday, June 13, 2012

Curi Pandang

Gambar Hiasan
Sebagai seorang manusia, kita sentiasa diduga dengan pelbagai cubaan yang tidak kita pernah bayangkan sebelum ini. Nikmat yang diberi oleh Allah juga sebenarnya merupakan cubaan kepada kita.

----------------------------------------------------------

Kenapa saya kata begitu adalah kerana jika mata disalah guna maka akhirnya maksiat yang menjelma tiba. Bermula dengan pandangan mata kepada berlawanan jantina, turun ke hati..dan godaan syaitan yang sentiasa menghasut ke arah lembah kemaksiatan.

~Namun begitu timbul persoalan bagaimana untuk membuatkan mata ini dicintai Allah SWT. 

Sila teliti senarai di bawah jika gambar di atas tidak jelas.

7 Mata yang dicintai Allah SWT

1- Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah Jihad pada Jalan Allah SWT.

2- Mata yang menitis air mata kerana takutkan kebesaran Allah SWT.

3- Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.

4- Mata yang memerhati kejadian Allah SWT.

5- Mata yang memandang Kitab Allah SWT-Al-Quran Al-Karim ( Membaca, mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan ).

6- Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang.

7- Mata yang berjaga malam di jalan Allah. (Qiam)


------------------------------------------------------------

Popular Posts

FREE PALESTINE

Followers