JAKARTA: Bintang pop Kanada, Justin Bieber semalam meluahkan rasa cinta
pada Indonesia menerusi laman Twitternya selepas mencetuskan kemarahan
peminat di negara keempat mempunyai paling ramai penduduk di dunia itu.
Bieber ketika bercakap pada pelancaran album barunya di London minggu lalu, merujuk Indonesia sebagai ‘negara entah di mana.’’ Dalam kenyataan menerusi laman Twitternya semalam, dia menulis: “Satu khabar angin yang tidak boleh saya biarkan adalah apa yang saya dan peminat saya miliki bukan hal yang sejati. Indonesia saya melihat kamu. Saya cinta kamu. Saya cinta semua PEMINAT SAYA.” Peminat di Indonesia, negara yang mempunyai 240 juta penduduk dengan pengguna Facebook yang ketiga terbesar di dunia dan jumlah pengguna Twitter yang kelima paling ramai, marah mendengar bagaimana penyanyi itu merujuk negara mereka.

“Saya berada di negara entah di mana,” akhbar Daily Mirror memetik
penyanyi berusia 18 tahun itu sebagai berkata minggu lalu, ketika
menjelaskan tempat satu daripada lagu barunya diterbitkan. Pengurusnya,
Scott ‘Scooter’ Braun, mencelah dan memaklumkan kepadanya, ia
diterbitkan di Indonesia.
Peminatnya di negara itu mendesak dia meminta maaf.
Bieber mempunyai pengikut yang ramai di negara itu, 20,000 pada akaun
Twitter Bieber Indonesia dan 45,000 ‘like’ pada laman Facebook Justin
Bieber Indonesia.
Stesen radio yang popular di kalangan remaja, Kiss 105 FM berhenti memutarkan lagu Bieber sejak Jumaat lalu.
“Negara kami mempunyai nama. Kami bukan ‘negara entah di mana.’ Sudah
tentu kami merasa terhina. Apa yang dikatakannya adalah tidak sesuai,”
kata pengurus stesen itu, Beldi Dimardi Abas. Sebahagian peminat begitu
kecewa sehingga mereka tidak lagi mengikuti atau menyekat akaunnya.
“Kami menghargai kenyataan dia cintakan Indonesia dalam laman
Twitternya. Tetapi, kami berpendapat, dia masih perlu memohon maaf,”
kata Beldi.
Penyanyi popular Indonesia, Syahrini juga mendesak Bieber meminta maaf.
“Rakyat mana yang suka negara mereka dihina,” katanya
Sumber : http://whoseswamp.blogspot.com