Kisah Sebenar No. 1
Kelmarin kecoh di laman sosial berkenaan gambar kereta terbaru keluaran Proton iaitu Proton Preve yang pertama rosak telah tersebar dan ramai orang telah membuat andaian sendiri tentang kerosakan itu.
Ada pihak yang terus membuat andaian yang bukan-bukan terhadap kereta Proto Preve. Malangnya mereka tidak membuat research terlebih dahulu apakah punca kerosakannya.
Kejadian berlaku di lebuhraya DUKE, dari Jalan Sentul menghala ke Gombak. Menurut sumber dalaman Proton, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul tetapi ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.
Ketika kereta ini landing, hentakan yang sangat kuat berlaku menyebabkan kerosakan pada lower arm, fender dan bumper.
Jika merujuk kepada impak kuat yang berlaku, kereta berjenama lain pun tentu mengalami kerosakan yang sama atau lebih teruk daripada Preve.
Ianya juga bermakna kerosakan tersebut tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton.
Ini adalah kecuaian manusia dan MiM harap berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan sengaja ditimbulkan.
Sumber Dari : DrMim
Kisah Sebenar No. 2
Kejadian berlaku di lebuhraya DUKE, susur keluar ke sentul. Menurut sumber yang dipercayai, kereta ini dipandu S.A showroom sentul dengan kelajuan 120km/h namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.
Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan tie-rod nya patah. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect part dari proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut. Supaya tiada andaian yang bukan bukan..
Sumber : Akhdiyat Lando Sbc
Berlainan dengan kereta Lamborghini yang di bawah ini sudahlah mahal namun berlaku insiden boleh2 nya terbakar. Anda nilai la sendiri.
Tak percaya boleh rujuk di sini : Lamborghini Catches Fire On Test Drive In US