Panduan menangani panas baran anak-anak:
- Jika kanak-kanak baran disebabkan ingin memiliki sesuatu yang dia tidak dapat, biarkan saja dan jangan layan kehendaknya. Sebaliknya mereka perlu diawasi supaya berada dalam keadaan selamat.
- Pindahkan anak dari tempat yang menyebabkan mereka baran.
- Jauhkan objek yang membolehkan kanak-kanak dapat capai. Cuba alih perhatian kanak-kanak itu jika perlu.
- Letakkan di sudut tertentu seperti atas kerusi dalam jangkamasa tertentu.
- Kanak-kanak, kurang perhatian (contoh membiarkan diri dimarahi oleh ibu bapa) adalah lebih baik tidak mendapat layanan.
- Beri perhatian ketika kanak-kanak berkelakuan baik daripada melayan ketika mereka dalam keadaan baran.
- Beri mereka masa sekurang-kurangnya satu minit untuk setiap tahun mengikut umurnya lakukan begitu sehingga mereka dapat mengawal baran
- Tenangkan diri. Panas baran kanak-kanak akan bertambah teruk jika ibu bapa berada dalam keadaan tidak tenang.
- Tenangkan perasaan anak-anak yang panas baran.
- Beritahu si kecil, mengapa mereka perlu bertindak demikian.
- Perlu bersikap tegas.
- Selepas selesai dan diberi masa berehat, jangan memarahi mereka lagi.
- Cari penyebab apabila berlakunya baran itu dan cuba selesaikan secara berperingkat.
- Beri pujian kerana ia dapat menenangkan diri dan dapat mengawal emosi diri mereka sendiri
Kalau tak berjaya juga boleh try cara di bawah..hehe
Cara Paling Bernas..=p |