Sunday, January 1, 2012

MACAM MANA NAK BUKA SSPN

Jika ingin buka SSPN di BSN

Bawa adik ke kaunter Bsn...(atau memana cawangan ejen PTPTN )

~Salinan MyKad
~Salinan Sijil Kelahiran atau MyKid atau MyKad adik
~Salinan MyKad pendeposit ( sebab budak belajar mana ada duit )


Senarai Bank Yang Menjadi Ejen SSPN PTPTN

~ Bank Simpanan Nasional ( kaunter ~ arahan tetap )
~ CIMB (kaunter ( on line pun boleh ~ CIMB Clicks)
~ Agro (kaunter ~ debit terus )
~ BIMB (kaunter)
~ Bank Rakyat (kaunter)
~ Maybank ( kaunter, on line pun boleh ~ Maybank2U~phone banking ~deposit tunai)
~ Hong Leong Bank
~ Public Bank


Syarat untuk Pengeluaran

Pengeluaran ~ selepas 1 tahun pada kadar 10% dari baki akaun atau Rm500.00 (mana paling rendah )

Pengeluaran 100 % jika :
~ Diterima masuk IPT
~ Terkeluar dari sistem pendidikan atau diberhentikan.
~ Sakit yang tak der harapan lagi...
~ Keilatan kekal
~ Kematian pendeposit
~ Kematian penama akaun


Keistimewaan SSPN :

Pelepasan cukai sehingga Rm3000.00
Perlindungan insurans jika simpanan melebihi Rm1000.00
Geran Sepadan sehingga Rm10,000.00
Simpanan minimum Rm20.00
Dividen
Simpanan melalui potongan gaji
Terdapat 1400 ejen.


Jika ada masalah boleh terus ke portal PTPTN dengan klik sini : Portal Rasmi PTPTN

Popular Posts

FREE PALESTINE

Followers