HASRAT Felda United untuk memiliki stadium sendiri bakal menjadi kenyataan dua tahun lagi apabila Stadium Mini Jengka di Bandar Tun Abdul Razak, Pahang dinaik taraf menjadi Stadium Felda United.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad berkata, stadium itu akan dinaik taraf mulai awal tahun depan yang mengambil masa setahun setengah hingga dua tahun untuk disiapkan.
“Proses penambahbaikan dijangka menelan belanja dianggarkan bernilai RM70 juta hingga RM80 juta yang mampu memuatkan kira-kira 40,000 penonton.
“Jika sebelum ini, kita tidak ada stadium dengan hanya menumpang di stadium negeri lain untuk berlatih dan bertanding. Kini bila ada perlawanan,disitulah kita bermain di tempat sendiri dan disitulah kita bermain di tempat lawan,” katanya.
Dengan adanya stadium sendiri, pasukan Felda United dapat menjalani latihan dengan baik tanpa perlu menumpang di stadium lain.
Felda United menduduki tempat ke-11 daripada 14 pasukan yang bertanding dalam Liga Super musim ini.
Pada Julai lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Felda United bakal memiliki stadium yang akan dibina di Bandar Tun Abdul Razak.
Sumber : Sinar Harian
Tuesday, November 29, 2011
united football
Home
Bandar Tun Abdul Razak
felda united fc 2011 2012
jadual liga super 2011
la super liga
Liga Super
Pengerusi Felda
Stadium Felda United
Tan Sri Mohd Isa Samad
the super liga
united football
Felda United bakal miliki stadium sendiri
Felda United bakal miliki stadium sendiri
united football
Labels:
Bandar Tun Abdul Razak,
felda united fc 2011 2012,
jadual liga super 2011,
la super liga,
Liga Super,
Pengerusi Felda,
Stadium Felda United,
Tan Sri Mohd Isa Samad,
the super liga,
united football