PETALING JAYA 21 Jun - Petronas Dagangan Berhad (PDB) baru-baru ini meraikan Paul Tan, pengasas dan penulis blog Paul Tan Automotive News, sebagai Raja Lumba perlumbaan Petronas Primax 95 Xtra dalam satu majlis eksklusif di ibu negara, baru-baru ini.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 100 penyokong Paul, selain pesaingnya dalam perlumbaan itu, artis Juliana Evans dan juruhebah Hitz FM, DJ Ean.
Perlumbaan Petronas Primax 95 Xtra adalah perlumbaan secara maya yang dianjurkan baru-baru ini menerusi Petronasbrands Facebook Fanpage.
Bermula 3 Mei, peminat-peminat diminta mengisi minyak Primax 95 Xtra buat pelumba kegemaran mereka secara maya untuk ke garisan penamat. Peminat yang menyokong pemenang di sepanjang perlumbaan itu berpeluang untuk menghadiri majlis eksklusif Parti Penghargaan Perlumbaan Petronas Primax 95 Xtra.
Sepanjang perlumbaan itu, Paul, Juliana dan Ean melayari Facebook, Twitter dan Blog untuk meminta sokongan. Perlumbaan yang pada awalnya sengit kemudian menyaksikan Paul mendahului sehingga tamat perlumbaan, hasil sokongan peminat permotoran yang 'mengisi minyak' kereta mayanya.
Paul menang dengan pertolongan hampir 500 penyokong manakala di tempat kedua ialah Juliana dengan 418 penyokong.
Sumber : Utusan
Nak lihat blog Paul tan ----> Paul Tan Automotive News
Wednesday, June 22, 2011
Petronas Primax 95 Xtra
Home
DJ Ean
Hitz FM
Juliana Evans
Paul Tan
Paul Tan Automotive News
Petronas Dagangan Berhad (PDB)
Petronas Primax 95 Xtra
Paul Tan juara perlumbaan maya Petronas Primax 95 Xtra
Paul Tan juara perlumbaan maya Petronas Primax 95 Xtra
Petronas Primax 95 Xtra
Labels:
DJ Ean,
Hitz FM,
Juliana Evans,
Paul Tan,
Paul Tan Automotive News,
Petronas Dagangan Berhad (PDB),
Petronas Primax 95 Xtra