Saturday, December 12, 2009

Penyebab Kanak-kanak Melayu Mundur dalam Pelajaran

Masalah ini sudah berlarutan lamanya..namun masih belum dapat diatasi.

Persolannya kenapa Kanak-kanak Melayu Mundur dalam Pelajaran?

adakah kerana mereka Malas? saya rasa tidak

adakah kerana mereka Bodah? saya rasa tidak

adakah kerana mereka tidak bersekolah? saya rasa semua pergi sekolah

Secara peribadi saya berpendapat masalah ini berpunca daripada arus hiburan yang melanda negara kita dewasa ini...

setiap detik setiap saat ada sahaja kumpulan band baru yang ditubuhkan... sebab apa? sebab kanak-kanak sekarang sangat gemarkan muzik....

sumber gambar : PeterPan

kebanyakan band skang suker letak nama cam peterpan, superman, Hujan takpun akar. ini menyebabkan kanak-kanak suka tengok cite peterpan, mengagung2kan superman, suka memerap dalam umah sebab takut hujan takkpun sebab sukar minum air akar tongkat ali sehingga dapat berjaga sehingga ke lewat malam dan lewat keesokkan harinya untuk kesekolah..

Sepatutnya band-band sekarang letak nama contoh cam Sejarah, Matematik, Sains....ini akan menyebabkan kanak-kanak secara tidak langsung akan meminati subjek-subjek tersebut..gerenti keputusan periksa naik mendadak punya..takpun etak nama cam pensil,buku,pemadam..ini akan menyebabkan mereka teringat kerja sekolah yg lupa dibuat ketika melaungkan nama band kegemaran mereka

Industri muzik kita seharusnya memikirkan juga masalah ini kerana generasi hebat yang hendak dibentuk haruslah bermula dari sekarang..

8 comments:

Felicia F. Ramzi said...

kalau nak kata hiburan adalah penyebabnya, macam mana dengan anak bangsa lain? kenapa mereka tak mudah terpengaruh?

i dont think hiburan adalah penyebabnya..asas didikan dari kecik yang penting..bak kata orang, budak kecik adalah kain putih, bagaimana ibu bapa corakkan, begitulah jadi nya :)

*my students kan. - kelas hujung memang banyak budak melayu, kelas pandai banyak budak cina..

x-po said...

ye syg, aku mmg bencikan dgn rancangan realiti..meluat tgk..tv ni, ada realiti, tv tu, ada realiti gak..budus

Mawar Merah said...

Sungguh munasabah cadangan anda itu.
Yang bukan kanak-kanakpun suka muzik apatah lagi kanak-kanak.
Sebab tu kalau dulu-dulu kanak-kanak disuruh hafal angka atau huruf, cikgu-cikgu ajar dalam bentuk lagu.
Agaknya kalau subjek tu semuanya ditukar nama jadi nama kartun dan kumpulan muzik atau artis, hahaha....mesti graf untuk keputusan peperiksaan semuanya 100%...huhuhu, kena bawa cadangan ni dalam persidangan Dewan Rakyat!

Liquid said...

baguih cadangan ni baguih2 hee =P

Mohd Ahmad Ferk said...

huhu!
tersenyum sendiri bile baca post ko nie =p

zuwairiaiman said...

great blog...

|Ihsan| said...

hahaha.. lwk lak entri ni. cbe bygkn diorg ltk name band pemadam.. klu kat gig tejerit2 owg laung name PEMADAM!!

Mak Su said...

kelakarlah 911 tu.... :)

bab musik ni, saya setuju gaks, memang betul...sekarang ni banyak sangat program muzik, nyanyian, suka-suka.... semua melekakan. mak bapak nak control cemana? keperluan hidup pun besar ya amat, inflasi, dua2 kena keluar bekerja :(

Popular Posts

FREE PALESTINE

Followers