Tuesday, April 7, 2009

Teori Perdana Menteri Malaysia..boleh terima ker?

Sebelum whose meneruskan mengenai topik yang ingin dibicarakan di atas, whose ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Kepada Tun Abdullah Badawi terima kasih atas dedikasi yang ditunjukkan dalam menjadikan Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Kepada Tun Dr.Mahathir terima kasih atas pembangunan moden bagi memacu nama Malaysia di mata dunia. Wawasan 2020 pasti digapai. Insya-Allah

Kepada Tun Hussein Onn terima kasih atas semangat perpaduan yang ditunjukkan dalam menjadikan Malaysia yang bersatu padu walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Kepada Tun Abdul Razak pembangunan yang dikecapi hari ini adalah bertitik tolak dari usaha beliau merancang pembangunan Malaysia. Memang gelaran sebagai 'Bapa Pembangunan' amat tepat.

Kepada Tunku Abdul Rahman, sejambak terima kasih atas laluan yang dibuka bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat..Kemerdekaan Malaysia adalah nikmat yang tidak tergambar besarnya..

Berbalik kepada teori yang ingin diperkatakan ialah mengenai nama 'RAHMAN' iaitu nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Signifikannya adalah Perdana Menteri Malaysia adalah berdasarkan urutan tersebut. Adakah ini kebetulan semata2?

R = Rahman
A = Abdul Razak
H = Hussein Onn
M = Mahathir
A = Abdullah Badawi
N = Najib

Teori ini sudah whose dengar sejak tahun 1998 lagi...waktu tu dalam sekolah rendah. sewaktu itu Tun Dr. Mahathir masih menjadi Perdana Menteri. whose tak berapa nak amik peduli sangat kerana ia sekadar hiburan semata-mata. Tup-tup masa terus beredar dan teori itu seperti menjadi kenyataan..Cane tu erk?:016:
Post a Comment

Followers

Follow by Email

Ini Link saya

belog saya

Popular Posts

FEEDJIT Live Traffic Feed