Wednesday, February 4, 2009

Kisah sebiji rambutan

Ini merupakan kisah benar mengenai riwayat sebiji rambutan....Dulu rumah aku pernah dilanda banjir yang maha dasyat untuk digambarkan...Dalam banjir tersebut banyaklah harta benda yang rosak tidak terkecuali tanam-tanaman perusahaan suami emak saya di perkarangan rumah...Al-kisah nyer di hapadan rumah, suami emak saya telah menanam pokok rambutan...Baru sangat tak sampai 3 bulan sebelum badai melanda...Mengikut kata suami emak saya beliau dah bertekad nak tebang je pokok tu, yela dah macam nak mati...Hidup pun mcam dah tak mau, apatah lagi nak berbuah..Namun berkat kesabaran kami sekeluarga yang menaruh sepenuh kepercayaan untuk melihat pokok rambutan ini kembali sihat tercapai...Namun hasilnya belum mencapai tahap memuaskan...Nak tau kenapa..Sebab buahnya hanyalah sebiji...huhu...terpaksa la kami sekeluarga berkongsi makan sebiji rambutan tersebut...Dengan erti kata kena belah 9 sebab famili ak ada 9 orang semuanya...Sadis-sadis...Korang doa-doakan lah eh moga bila pokok tersebut berbunga lagi biarlah lekat banyak sikit...Boleh aku kongsi buah tersebut ngan korang pulak...tak gitu?

4 comments:

Anonymous said...

whose...nape buah rambutan rumah awak tu berbuah sebijik sahaja? kesian awak...kalo awak nak bnyak2 buah tu, awak pergi jer kat Chow Kit..bersepah orang jual buah tu tau...

Inia Lurun Sophie said...

alhamdulillah..
banyak hikmahnya buah rambutan yang sebiji itu..
antaranya adalah malatih sabar, tawakal dan erti mengeratkan talian silaturrahim antara keluarga.. :)

Anonymous said...

yg sebiji tu tentu enak dimakan..kalau kita bg makan kat pokok tu bertambah2 la makanan utk kita..InsyAllah.

brat2104 said...

1 sebagai permulaan

Popular Posts

FREE PALESTINE

Followers