Wednesday, January 7, 2009

KEMPEN BOIKOT TERPILIH BAGI MEMBANTAH KEKEJAMAN ISRAEL MENYERANG PENDUDUK AWAM PALESTIN

PPIM mendesak masyarakat pengguna Islam negara ini bertindak memboikot produk keluaran Negara-negara yang menyokong tindakan Israel menyerang Palestin hingga menyebabkan kematian umat Islam di negara itu.

Boikot terpilih merupakan antara tindakan yang boleh dilakukan oleh umat Islam di negara ini bagi menyuarakan rasa marah terhadap tindakan biadap tentera Israel melakukan keganasan ke atas saudara seIslam di Palestin.

Setiap umat Islam perlu bertindak bagi membantah kekejaman ini dan hanya melalui kuasa kepenggunaan, kita dapat mengajar kuasa - kuasa besar barat yang menyokong keganasan terhadap umat Islam di Palestin.

Ini kerana sebarang protes dan bantahan berhubung kekejaman Israel dan sekutunya tidak akan mendatangkan kesan kepada Israel dan sekutunya kerana golongan biadap ini tidak akan menghiraukan sebarang bantahan walaupun daripada seluruh umat Islam di dunia.

Justeru PPIM menyarankan boikot produk terpilih bagi menghantar isyarat jelas kepada pembuli dunia dan sekutunya bahawa umat Islam di Negara ini tidak akan bertolenrasi berhubung kekejaman yang dilakukan ke atas Palestin.

Industri hotel, pasaraya serta kementerian juga harus turut serta dalam kempen ini bagi menyuarakan bantahan mengenai tindakan zalim Israel dan sekutunya. Hotel serta pasaraya seharusnya menyokong dengan tidak menggunakan dan menyenaraikan barangan kempen boikot terpilih ini di hotel dan pasaraya mereka.

Umat Islam merupakan masyarakat yang sering bertoleransi dan menghormati kepercayaan kaum lain, tetapi apabila berlaku penindasan terhadap saudara seIslam kita harus menyuarakan bantahan demi memperjuangkan maruah dan hak umat Islam.

Seluruh masyarakat pengguna di negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa juga wajar membantah keganasan kejam ini melalui kempen boikot terpilih. Maklumat lanjut berhubung produk kempen boikot terpilih bagi membantah kekejaman Israel boleh dilayari di laman web PPIM

Link : Senarai Produk Milik/Penyokong Yahudi
Post a Comment

Followers

Follow by Email

Ini Link saya

belog saya

Popular Posts

FEEDJIT Live Traffic Feed