Nak tahu bagaimana????
Begini. Mesej yang terdapat di papan tanda tersebut ringkas dan padat. Mudah untuk difahami dan dihayati. Tetapi yang paling penting pada papan tanda tersebut telah tercatit alamat laman web yang boleh dijadikan panduan.
Ada yang pernah bertanya padaku tentang cara pengiraan dan jenis-jenis zakat. Pening jugak aku nak menjawab. Tetapi yang aku paling ingat ialah zakat simpanan dengan pengiraan 2.5% daripada simpananan yang dimiliki.
Melalui laman web Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) ini jugak aku telah menemui sesuatu yang menarik. Iaitu kalkulator Zakat. Maka sudah tentu tiada alasan lagi yang boleh diberikan untuk mengelakkan zakat seperti alasan tidak tahu cara untuk mengira dan sebagainya.
Kita juga boleh membayar zakat dengan pelbagai cara. Ini kerana MAIJ telah melantik pelbagai pihak bagi menjadi wakil untuk pembayaran zakat. Disini saya senaraikan agen-agen kutipan zakat MAIJ :
* RHB Bank Berhad -(Kaunter, Online)
* Bank Islam Malaysia Berhad -(Kaunter, Online)
* CIMB Bank -(Kaunter, Online)
* AmBank -(Kaunter, Online)
* HSBC-(Kaunter, Online)
* Maybank Berhad -(Kaunter, Online)
* EON Bank Berhad -(Kaunter)
* Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad -(Kaunter)
* Bank Muamalat Malaysia Berhad -(Kaunter)
* Bank Pertanian Malaysia -(Kaunter)
* Bank Simpanan Nasional -(Kaunter)
* Pos Online
Memang mudah. Saya sendiri telah menggunakan cara pembayaran online ini. Jadi jangan buang masa. Mari kita daftar Maybank online dan CIMB online (saya ajak untuk buka akaun online di bank tersebut kerana mudah dan cepat). Memang tidak rugi untuk mendaftar secara online selain menjimatkan masa dan fleksibel. Boleh dilakukan dipejabat mahupun dirumah.
Untuk Rujukan : Majlis Agama Islam Negeri Johor
Untuk Pengiraan Zakat : Download kalkulator Zakat
"Ke arah pembentukan Mukmin Sejahtera"
No comments:
Post a Comment