Terdapat banyak hadis menunjukkan kepentingan menceburi sukan memanah. Antaranya :
- Sabda baginda : "Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda."
- Rasulullah SAW bersabda : "Lemparkanlah (panah) dan tungganilah (kuda)." (Riwayat Muslim)
- "Kamu harus belajar memanah kerana memanah termasuk sebaik-baik permainanmu." (Riwayat Bazzar dan Thabrani dengan sanad yang baik)
Nak tahu?????
Mengawal Emosi
Memanah melatih emosi untuk meletakkan 'target' pada satu-satu sasaran. Jika emosi kita terganggu sudah pasti sasaran akan mudah tersasar. Secara tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar bertenag dan mengawal emosi. Seorang yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar tidak mudah menjadi seorang pemanah yang baik
Membina Kekuatan fizikalMemanah sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal. Jadi sukan ini memberi satu latihan holistik pada diri kita secara mental dan fizikal.
Membina fokus dan Daya TumpuanSukan ini juga menyemai rasa tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi. Individu yang mempunyai banyak karakter peribadi begini InsyaAllah akan mudah melepasi segala rintangan dalam kehidupannya.
1 comment:
Ada tak prsatuan memanah? Nak masuklah!
Post a Comment