Thursday, January 16, 2020

e-Tunai Rakyat - 9 maklumat peribadi anda akan terdedah. Benarkah?

Rancak warga Malaysia hari ini menebus RM30 e-Tunai Rakyat masuk kedalam salah satu daripada tiga e-Wallet yang berada bawah program tersebut. Tapi adakah anda ambil masa untuk baca Terma & Syarat (T&S) yang dikepilkan bersama-samanya?

Secara ringkas, T&S program tersebut terbahagia kepada tiga seksyen iaitu:
  • Kriteria kelayakan
  • Insentif program
  • Perlindungan data peribadi

Saya pasti semua orang jelas tentang seksyen 1 dan 2 kerana ia diwar-warkan setiap masa, sejak tahun lepas. Tapi seksyen ketigalah ramai orang terlepas pandang.
Sejurus anda tebus RM30 melalui program tersebut, anda bersetuju yang data anda boleh digunakan oleh pihak ketiga untuk “bagi menentukan kejayaan program ini”. Data apa yang mereka boleh gunakan untuk tentukan kejayaan tersebut?

Mari kita senaraikan maklumat yang diperoleh kerajaan dengan RM30:
  • Wajah anda
  • Gambar kad pengenalan
  • Nama
  • Nombor kad pengenalan
  • Alamat
  • Nombor telefon
  • Untuk apa anda belanjakan RM30
  • Di mana anda belanjakan RM30
  • Bila anda belanjakan RM30

Untuk apa data-data ini berguna? Anda lupa tentang Cambridge Analytica?
Mungkin ini hanyalah spekulasi semata-mata, tapi tahukah anda Pilihan Raya Umum seterusnya perlu diadakan selewat-lewatnya 2023? Penerima e-Tunai Rakyat paling muda ialah berumur 18 tahun dalam tahun 2020 tapi dalam tahun 2023 mereka ini boleh mula mengundi.
Mujurlah di akhir T&S, Kerajaan ada beritahu yang kalau anda tak setuju untuk datan anda di-“eksploitasi”, anda boleh untuk tak sertai program ini dan tak terima RM30 tersebut.
Di bawah ini adalah cebisan daripada Terma & Syarat Program e-Tunai Rakyat daripada Boost.

Anda Dapat RM30, Kerajaan Dapat Lebih Daripada Itu. Benarkah?

Tapikan, aL tak kisah semua tu..yg pntg dapat rm30 =)


WOW dah dengar ke? Sekarang awak boleh claim  FREE RM30 eTunai Rakyat dan dapat lagi ADDITIONAL SHAKE up sehingga RM8,888 dengan Boost!

Look out for eTunai Rakyat 2020 dalam Boost App and guna  Invite Code ini semasa melengkapkan data untuk proses claim.

Download  Boost App guna Google Playstore atau App Store:


INGAT, guna ref code yang aL bagi ni ya.
>>> ali95ui
>>> ali95ui

Sumber : SoyaCincau

Popular Posts

FREE PALESTINE

Followers