Penganjur Miss Malaysia World 2013 Datuk Anna Lim menggugurkan empat gadis Muslim daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik itu selepas ditegur Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
![]() |
Datuk Wan Zahidi Wan Teh |
Wan Zahidi semalam mengulangi gesaan agar wanita Islam tidak menyertai pertandingan ratu cantik kerana perbuatan itu haram dan berdosa , seperti diwartakan pada 8 Februari 1996 bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.
Beliau juga meminta pihak penguatkuasa melaksanakan undang-undang sepertimana yang diwartakan itu.
Pemilihan finalis pertandingan pada 2 Ogos depan itu sebelum ini dilapor dibuat dalam sesi temuduga tertutup pada 12 Julai lepas dan majlis memperkenalkan mereka diadakan baru-baru ini.
[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]