Hadirin sedikit tersetak kerana tidak menyangka soalan sebegitu yang akan dilontarkan oleh tuan guru. Namun tiada seorang pun di kalangan hadirin yang mengangkat tangan. Selepas beristighfar Tuan Guru Haron Din menyambung kuliah dengan menceritakan satu kisah. Menurut beliau kisah tersebut diambil daripada satu majalah berbahasa arab.
Dalam majalah itu ada satu artikel yang menceritakan tentang satu wawancara dengan Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Sudais. Dalam program wawancara tersebut ada diselitkan sesi soal jawab melalui telefon. Kemudian satu panggilan telefon telah diterima daripada pendengar.Pemanggil itu bertanya berkenaan dengan tafsir mimpi. Sheikh Sudais berkata bukanlah orang yang arif sangat tentang tafsiran mimpi. Namun ada sebahagiannya beliau tahu.
Lantas pemanggil itu menceritakan mimpinya. Dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki yang sedang bertawaf dalam keadaan bogel tanpa ada perasaan malu.
Sheikh Sudais menjawab:
MasyaAllah..! MasyaAllah..!. Tafsir mimpi ini ana tahu. Orang di dalam mimpi itu akan mendapat keampunan daripada Allah dan segala amalannya diterima. Dia seumpama anak yang dilahirkan tanpa sebarang dosa.
Pemanggil itu bertanya lagi:
Bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kepada lelaki yang saya nampak beliau dalam mimpi saya itu?
Sheikh Sudais menjawab:
Menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki yang sangat bertuah itu
Pemanggil itu lantas berkata:
Lelaki yang saya lihat dalam mimpi saya tersebut tak lain dan tak bukan adalah tuan sheikh sendiri
Sheikh Sudais terkejut lantas menangis sehingga program wawancara tersebut terpaksa dibatalkan..
Sheikh Abdul Rahman Sudais |