Tuesday, May 29, 2012

WWW 1 milik siapa?

Klik pada gambar untuk besarkan
 Bidaan nombor plat WWW 1 yang dimenangi oleh DYMM Sultan Ibrahim Johor telah diputarbelitkan oleh anasir-anasir yang terlalu bodoh dengan kekayaan yang dimiliki oleh Kesultanan Johor.

Untuk mengelakkan mereka itu terus hanyut dengan anggapan serong yang tiada sumber yang sah, Tengku Mahkota Johor itu telah memberi penjelasan di dalam twitter beliau.

Sila baca di bawah :

Klik pada imej untuk besarkan
Manakala Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim pula telah banyak berjasa kepada rakyat sebelum ini. Dan wang yang digunakan oleh Tengku Ibrahim adalah milik baginda bukannya wang rakyat seperti yang difitnah oleh sesetengah pihak.

Yang lebih memalukan mereka itu ialah plat-plat nombor istimewa seperti WWW1 adalah merupakan satu pelaburan yang tidak mungkin akan susut harganya. Malah, harga plat tersebut biasanya akan bertambah mahal dari setahun ke setahun.

Pembelian plat nombor tersebut merupakan satu business plan yang tidak sepatutnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Lagi pun, wang itu adalah milik Tengku Mahkota sendiri.

Dan perlu diingat bahawa perkataan WWW adalah universal yang sinonim dengan World Wide Web (WWW). Maka, nilainya sudah tentu lebih mahal daripada yang lain.


Sumber WWW 1 milik siapa?

Popular Posts

FREE PALESTINE

Followers