Semua keperluan penting termasuk dokumen perjalanan, duit belanja dan tempat penginapan sudah tersedia. Namun, yang menjadi masalah adalah barangan yang ingin dibawa terlebih muatan dan menyebabkan beg yang perlu dibawa atau memaksa anda meninggalkan beberapa barang yang perlu dibawa.
Ikuti tips dibawah bagaimana untuk membantu ada menilai barang yang penting semasa melancong
Tinggalkan peralatan kecantikan rutin anda
Jika anda pandai menerokai tempat percutian eksotik, anda mungkin boleh memperoleh produk kecantikan yang sesuai dengan penjagaan anda dirumah
Jangan bawa perhiasan atau barangan berharga
Ada antara kita yang tidak boleh keluar atau pergi ke mana-mana tanpa barang perhiasan. Elakkan membawa barangan ini ketika melancong ( rantai, cincin, gelang, emas). Ini kerana dapat mengundang masalah kecurian. Selain menghindarkan risiko dicuri, anda juga boleh menyelamatkan nyawa daripada sebarang bahaya.
Bawa satu buku panduan sahaja
Tidak perlu membawa lebih daripada satu buku panduan. Jika ada info yang menarik salin sahaja di buku nota. Jadi beg tidaklah berat dek kerana buku. Pastikan ada satu buku log atau buku catatan. Ia pasti membantu.
Jangan membawa pakaian lebih daripada keperluan
Jika ingin bercuti, bawalah pakaian yang mudah disuai padan. Kemudian cari maklumat mengenai cuaca di destinasi yang bakal dikunjungi. Jika tidak membawa pakaian mencukupi cari sahaja kedai dobi. Habis cerita.